jba4014.zoom-a.com
SK FELDA TENGGAROH 6
PETI SURAT 19, JALAN HANG TUAH, 86807 MERSING, JOHOR DARUL TAKZIM.
Tel / Faks : +6077913857 e-mel : skt6_mersing@yahoo.com

| SK Tenggaroh 06 | Profil Sekolah | Staf | Album SKT 06 | Muaturun | Unit Prasekolah |



Profil Sekolah




SK Felda Tenggaroh 6
Peti Surat 19, Jalan Hang Tuah,
86807 Mersing, Johor Darul Takzim.





Falsafah Pendidikan Negara


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.






Falsafah Pendidikan Sekolah


Kami percaya setiap individu di Sekolah Kebangsaan Felda Tenggaroh 6 berpotensi untuk berketerampilan untuk mencapai agenda wawasan pendidikan.






Mengimbau Sejarah SKT 6


Dua puluh dua tahun yang lalu, iaitu pada 1 Januari 1987 sebuah sekolah rendah telah ditubuhkan di rancangan Felda ini. Ia mempunyai 3 blok bangunan setingakat mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuha perpustakaan, sebuah bilik guru, ruang pejabat dan kantin.

Sekolah ini mula beroperasi 2 sesi dengan kapasiti murid seramai 156 orang dan tenaga pengajar seramai 10 orang lepasan maktab.

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1988. Ia telah didaftarkan di bawah Akta Pelajaran 1961.

SKT 6 telah menerima bangunan baru iaitu 2 blok bangunan 2 tingkat di bawah peruntukan pembangunan pendidikan dan mempunyai 13 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan dan sebuah pusat sumber. Selain itu, bangunan ini juga telah menempatkan bilik guru, surau, bilik SPBT pejabat dan stor.

Pada Awal Mac 1991, bangunan ini siap dibina dan digunakan sepenuhnya. Bermula 23 Mac 1991 sekolah ini telah mula menjalankan sistem persekolahan 1 sesi iaitu pada sesi pagi sahaja.

Pada 1995, kapasiti murid telah meningkat kepada 488 orang. Pertambahan ini telah menyebabkan bilik khas seperti j-Qaf, bilik pemulihan, pra-sekolah, bilik kh serta makmal sains dibuka.


Pada tahun 2001, sebuah makmal komputer telah dibina dan siap dibina pada tahun 2002 dengan kemudahan 20 set komputer. Pada awal tahun 2007 satu blok bangunan 3 tingkat telah mula dibina dan dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.








Bangunan Makmal Komputer






























Visi Sekolah

Sekolah Unggul Penjana Generasi Gemilang




Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti




Matlamat Sekolah

  • Melahirkan pelajar yang beriman.
  • Dapat menghayati dan mengaplikasikan ilmu serta kemahiran yang diperolehi.
  • Berjaya menjadi pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab.
  • Menguasai dan menggunakan teknologi yang terkini.


MOTO Sekolah

BERUSAHA BERBAKTI

BERUSAHA - Selalu berusaha mencapai kejayaan

BERBAKTI - Murid-murid hendaklah berbakti kepada agama, bangsa dan negara




Lencana Sekolah






Pengertian:


Warna:

(a) Biru - Perpaduan & Kemakmuran
(b) Oren - Lambang FELDA
(c) Putih - Keluhuran & Kesucian Hati
(d) Merah - Ketabahan & Keberanian

Lambang:

Obor - Pendidik adalah penyuluh untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan

Buku - Matlamat utama melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan

Bentuk Enam:

Masyarakat Felda Tenggaroh 6

Tapak Latar:

Sokongan padu dari masyarakat setempat





Bendera Rasmi Sekolah



Bendera SK Felda Tenggaroh 6 terbahagi kepada 3 bahagian utama. Bahagian atas yang berwarna BIRU bermaksud perpaduan antara masyarakat setempat dengan pihak sekolah. Bahagian bawah yang berwarna MERAH bermaksud keberanian menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan. Bahagian yang berwarna PUTIH pula bermaksud suci dan murni.






Lagu Sekolah


Sekolah Kebangsaan Tenggaroh 6
Sungguh Indah Berseri
Berusaha dan Berbakti
Untuk Nusa dan Pertiwi

Majulah Maju SKT 6
Dalam Segala Lapangan
Kesopanan dan Kesabaran
Jadi Amalan Perjuangan

Azam Kami Untuk Kejayaan
Demi Nusa dan Bangsa
Walau Apa Jua Dugaannya
Kamikan Tetap Berusaha

Majulah Maju Sekolahku
Harumkanlah Oh Namamu
Biar Terus Jadi Sebutan
Pujaan dan Sanjungan











































































































Penafian: Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas kerugian, kemusnahan dan musibah akibat penggunaan maklumat di dalam laman web ini.

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: